PROFIL

LATAR BELAKANG

Penubuhan SPAC adalah singkatan kepada Special Attention. Com susulan dalam memberi nafas baru kepada delivery system perkhidmatan Majlis dalam mengambil tindakan keatas aduan khas, kecemasan dan program hebahan.

  • SPAC adalah sebuah Unit Khas yang terdiri daripada beberapa orang Pegawai  Majlis dari pelbagai Jabatan yang akan bertanggungjawab dalam pengurusan lebih teratur dan terselaras serta dapat mengelakkan Majlis daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa mengambil tindakan.
 
VISI

SPECIAL ATTENTION.COM (SPAC) menjadi sebuah pasukan sokongan khas yang disegani, dihormati, dan dipercayai oleh masyarakat dan menjadi PBT pertama di Malaysia yang menubuhkan pasukan prihatin yang melibatkan MPK dan agensi dari segi gerak kerja mendasari maklumat.

MISI

Sepasukan bersama menjana perkhidmatan yang produktif dan berkualiti.

OBJEKTIF

Menyelaras dan mengambil tindakan khas dengan lebih teratur, terselaras serta dapat mengelakkan Majlis daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani sesuatu masalah.
 
MOTO

”Singkat, Spesifik dan Efektif”